Hari 23Nov 09 & Mini tutorial ix
Pagi tadi, saya bangun pukul 7.50pagi,
selepas solat Subuh (Subuh habis 8.15pagi),
masih fikir nak ke Module Case tak,
akhirnya pergi je,
namun kerana ke-malas-an saya untuk berlari mengejar bas,
membuatkan saya naik bas pukul 8.55pagi setelah setengah jam terpacak di bus stop,
sebaik sampai di hospital pukul 9.15pagi, saya selamba je masuk ke Lecture hall,
Module Case kali ini pasal Rheumatoid Arthritis,
tentang history pesakit, langsung saya tak sempat,
namun sempat la tengok part examination of the hand.
Nasib baik tutor baik hati, dan tiada attendance diambik.
Kemudian, ada 3 kelas Forensic Medicine yang saya tak suka tu,
saya tidur-tidur ayam dalam kelas.
Bosan gile, dari pukul 9.45pagi, hingga 12.10tghhari.
Saya pun tak faham apa yang tutor cakap.
Rushing untuk solat Zohor yang masuk pukul 12.13pm.
Tengahari 12.15pm, ada tutorial tentang Thyroid and Parathyroid disease,
yang tu saya gembira saya datang, sebab tutor meringkaskan penyakit2 thyroid dan parathyroid,
yang penting-penting je.
Kemudian, seperti biasa,pukul 1.30pm, lunch ‘kopi percuma’ di kantin hospital sorang-sorang,
kemudian ke kelas pukul 2pm, tajuk AutoImmune disease, best-best.
esok sambung lagi tajuk tu.
Habis kelas pukul 2.55pm, rushing untuk solat Asar (Asar masuk 2.10pm), kemudian pukul 3pm ke pathology CPC and tutorial hingga pukul 4.55pm,
kemudian rushing untuk solat Maghrib (Maghrib masuk 4.23pm),
kemudian segera ke Tutorial Room 4 Beaumont Hospital untuk mini Tutorial.
saya terlambat 5minit, tapi tutor baik saja.
Tajuk kali ini, tentang Central Nervous System.
Tutor fokus penyakit-penyakit penting CNS, iaitu Brain Tumour, Intracranial bleeding, Multiple Sclerosis, Dementia.
Ermm, kali ini cuma satu muka yang saya tak familiar, seorang lelaki berkerusi roda (kaki dia normal, cuma mungkin dia accident ke, buatkan dia terpaksa pakai kerusi roda ke kelas). Saya dalam seminggu ini banyak kali ke nampak dia dalam lecture hall, memang obvious pun sebab dia ada meja tersendiri kat atas sekali dalam lecture hall tu.
Mati-matian saya ingat mamat tu orang putih, rambut dia perang, bertubuh agak besar dan chubby, kulit cerah. Namun tadi saya dengar dia bercakap dengan fasih dalam bahasa Arab. Ceh, mamat tu Arab ke.
Biarlah saya racist sekarang ni.
Sebab Arab girl yang men’annoyed‘ kan saya last time, masih men’annoy‘ kan saya kali ini. Sebab, masa dia menjawab soalan-soalan dari tutor, dia menjawab sambil bermalas-malasan, melentokkan kepalanya ke tepi tingkap. Memang la dia cantik, baik dan terer, tapi cara dia tadi langsung tak menunjukkan kematangan dia yang telah bergelar ibu kepada 3 orang anak (dia kahwin usia 18tahun, sepanjang empat tahun dia di RCSI, dia dah mengandung dua kali, sebelum jadi medical student, dia dah ada seorang anak berusia beberapa bulan masa tu.)
Kali ini tutorial habis awal, pukul 5.50pm dah habis. Seperti biasa saya terus blah tanpa bertegur sapa dengan sesiapa pun.
…
Apa yang saya tengah buat sekarang ni?
saya ada dua tugasan perlu disiapkan malam ni gak,
satu, edit my part dalam HDS Projek sebab tengah hari esok ada group meeting, kena send ke group leader malam ni gak,tapi masalahnya, saya tak reti meringkaskan part saya.
kedua, kena isi 5 buku questionnaires ,barulah lengkap research MRI Scan yang saya volunteered jumaat lepas tu. saya tak la hantar lambat, nanti bagi impresi ke Dr.O’Brien bahawa saya tak serius setelah dah dapat upah euro25 tu.
so, baik saya buat sekarang kedua-dua tugas tu, biarpun tengah tiada mood dan idea lagi.
bila siap nanti, saya boleh sambung menulis dalam posting Trip Oslo saya tu.