January 24, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 0 Comments
Sekarang saya di library RCSI (huhu, tengah cuti sebulan, tapi terpaksa ke library…)
dua hari lepas, laptop saya tiba-tiba windows failed to open, recent change in hardware or software might cause it (hello, mana ada saya buat any recent change to my laptop setting dalam seminggu dua ni…stress betul dengan vista ini)
Kes yang serupa macam kes sebulan lepas,
namun apabila saya isi CD Windows Vista original, ia minta re-install Vista, pada mulanya ia freeze pada 0% selama 1jam, kemudian akhirnya dpt complete installation, amik masa dua jam lebih.
Patience is the key.
Apabila classic windows dah boleh bukak, terkejut saya, bila tengok C saya kat komputer kate tinggal 30GB capacity, memang saya guna sampai 40GB lebih, tapi masalahnya, semua dokumen, semua gambar, semua video yang saya save dlm C, tiada!
Yang lagi stress,
butang wireless saya tetap MERAH, biarpun saya tekan lama utk ON kan wireless, tetap merah. Saya buat rumusan, mungkin wireless and Network card dalam laptop tu terbakar kot.
tengok-tengok di kedai online argos.ie, harga paling murah wireless card adalah euro56.
Saya tak rasa wireless card di Malaysia semahal tu.
Saya pergi ke kedai PC world, berjumpa orang IT, dia pun tak tahu ape problem, dia kate, not necessary the card is the problem.
Dia kata, kalau nak fix it, bayar euro69 tambah euro20.
Sakit kepala.
Saya boleh je beli USB internet, cucuk kat USB port, caranya kena beli modem USB internet itu berharga euro50, kemudian topup euro20 monthly. Masalahnya, saya dah ada benda yang sama, USB Celcom internet yang saya beli dengan harga rm270 last summer, berserta pakej internet yang saya pakai sepanjang summer di Msia. Sekarang USB Celcom (Model huawei) itu ada pada tangan kawan sekolah rendah saya di kampung halaman saya di Terengganu tu la.
Rugi la kalau saya beli lagi USB modem di Ireland ini.
Huhu.
Third choice, buy mini notebook.
Masalahnya,standard harga kat Ireland ini euro300 ke atas.
Dah la basic installation je dalam notebook tu.
Kalau beli kat msia, boleh minta install Windows XP (say NO to Vista), dan internal bluetooth.
Saya dah email seorang kawan UCD yang balik Msia untuk buat hospital attachment sebulan, tapi dia tak balas lagi message saya kat Facebook dia tu, mungkin dia tiada internet di Msia.
Juga, saya ada emel adik-beradik saya,tiada seorang yang membalas.
mungkin semua buzy sekarang ni.
Huhu.
Sakit kepala.
Hidup di Eropah, tanpa internet atau laptop adalah mati kutu, tak tahu nak buat apa, malam-malam tidur awal, siang pun tidur je. Sebab internet dan komputer adalah main entertainment di sini.
Sini mana ada kedai mamak bukak sampai pukul 2pagi,
kalau ada pun, pub atau drinking club, bersama orang yang mabuk.
Huhu.
Kena gi jalan-jalan ni nampaknya tapi tiada budget, tak tempah any flight (sekarang flight dah mahal) dan passport dah kurang dari 6bulan, tak boleh naik kapal terbang. Passport baru belum dapat lagi.
Buat sementara waktu,blog ini akan in hiatus. Banyak posting di blog yang ingin dibuat,terpaksa ditangguhkan dulu.
January 21, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 0 Comments
I was too focus for my exam,
and since i have exam on 18 January,
caused me to almost forgot my second sister’s birthday
which was on 17 January.
I didn’t wrote anything about her birthday on my blog,
but i did sent her an email and also post a birthday card. (She use a Maxis number, my current O2 number couldn’t send any SMS to Maxis number.)
Although the posting is already late for few days,
still i want to write about her birthday. (after been reminded bu my first sister)
My second sister which has family nickname as ‘Ayah’
was born on 17 January 1982,
therefore on last 17 January 2010, she becomes 28 years old.
Happy 28th birthday to Miss Kamariah Jaafar.
In Sunway Lagoon, 2004
Day IB exam 2005 result came up, i forced Ayah to join me to Genting Highlands.
January 21, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 0 Comments
Biarpun saya pagi rabu itu masih down dan tak berminat nak jawab paper HLTM,
kini saya gembira saya pergi dan menjawab paper itu.
Kerana CPC dan 3 soalan shortnotes dalam Written paper yang keluar,
saya tahu menjawabnya.
Biarpun MCQ agak susah, tapi hati saya lega sungguh
kerana at least saya tahu Diagnosis of CPC case HLTM paper,
berbanding ketika paper CNSLM yang saya tak tahu langsung diagnosis nya.
Penting untuk doktor (dan bakal doktor) at least ada sedikit idea of what’s going wrong with the patient
apabila pesakit datang mengadu sakit,
jika tak, buat apa jadi doktor kan.
(Memang saya akui doktor bukanlah manusia yang tahu semua jawapan
kepada sakit, dan doktor bukanlah genuis atau ingat semua nama penyakit,
tapi at least doktor itu harus tahu apa nak buat dengan pesakit itu, kan..
maka keadaan di mana saya tak ada idea langsung apa nak buat dengan pesakit
dalam CPC CNSLM paper itu benar-benar menghancurkan keyakinan saya terhadap pengetahuan Medic saya)
Di kesempatan ini, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada
Syahir atas nasihat, sokongan, dorongan, call dan SMS
dia ‘memaksa’ saya untuk pergi juga ke exam hall dan menjawab paper HLTM itu.
Keluar soalan tentang microcytic anaemia (cell darah merah kurang), saya masih ingat
dengan agak jelas tentang topik itu yang diajar oleh Syahir ketika dalam studygroup dua tahun lepas).
Segala puji hanya bagi ALLAH…Allahuakhbar. Senang syahir dengar berita ni kerry…Alhamdulillah. (20Jan 2010, 8.32pm)
…
Pagi rabu itu, sebelum subuh, sempat saya solat hajat, berpuluh-puluh kali saya sebut dalam hati ketika sujud “Tolonglah hambaMu ini..tolonglah…tolonglah…” dengan penuh kelemahan, ketidakdayaan, kerana saya tak mengulangkaji apa-apa pun lagi nota modul HLTM akibat tak ada mood nak menjawab paper itu.
Saya hanya spend 3jam sebelum exam untuk membelek nota-nota, apabila tiba di kolej.
Alhamdulllah, soalan Shortnotes keluar Lymphoma (kanser salur limfa) dan Lymphadenopathy (Salur limfa bengkak) yang sempat saya baca. (Biarpun soalan terakhir tanya tentang ubat anti-kulat Fluconazole yang saya tak baca pun.)
Semua boleh berlaku dengan kuasa Allah kan.
Biarpun takdir saya telah ditetapkan sejak azali,
tapi memang doa adalah senjata seorang Mukmin, (saya selalu berdalih tentang kuasa doa),
tapi Allah tolong saya dengan caraNya yang tersendiri.
Allah hanya perlu bilang “Kun Fayakun”, maka ia akan berlaku.
Memang betul,
saya sangat tak yakin untuk lulus paper CNSLM ,
dan jika saya tak lulus satu paper, saya terpaksa berhenti kolej,
tapi at least dua paper lagi ada improvement.
Ia penting untuk bantu saya pulihkan keyakinan saya pada diri sendiri,
pada dunia Medic dan juga pada arah tuju hidup saya.
Pada masa sama, saya juga risau, untuk terlalu confident,
seperti mana saya yakin je saya akan lulus exam IC2 pada Januari 2009
yang saya duduki buat kali ke tiga,
namun apabila keputusan keluar, saya gagal ketiga-tiga papers.
Tulisan pena telah ditulis,
kertas telah diberi kepada pemeriksa,
kini tiada apa yang boleh saya buat dan ubah,
kecuali berdoa dan bergantung harap pada kuasa dan takdir Allah.
Takdir Allah tak pernah buruk, ia cantik-cantik semua,
Yang buruk di mata manusia, sebenarnya baik untuk manusia itu, tapi
manusia tak tahu, hanya Allah tahu.
Bertawakkal,
itu istilah yang biasa dipanggil,
namun tak mudah dilaksanakan.
Bisikan hati negatif tetap melanda.
Sebenarnya, result IC2 yang dijadualkan keluar 19 Feb 2010 itu
saya pandang sebagai petunjuk / guidance dari Allah tentang kerjaya saya.
jika saya lulus semua dan dapat teruskan Medic,
maka saya akan teruskan pengajian Medic
dengan berlapang dada, dan kembalikan keyakinan diri.
Jika keadaan sebaliknya berlaku, maka saya akan terima ia
sebagai Medic is not for me, maybe other course ,
juga untuk saya mencari course yang saya betul-betul minat, enjoy buat dan tidak lagi put blame into my parents.
January 20, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 0 Comments
Saya keluar rumah awal pada pagi Rabu 20 Jan 2010,
sebelum pukul 8pagi,
kerana saya tahu saya takkan buat revision jika terus stay kat rumah,
mungkin saya akan buat revision apabila di kolej.
Pada awalnya, tiada mood langsung untuk buat paper terakhir ini,
masih terganggu oleh ke-terkejut-an paper CNSLM dua hari lepas.
Pukul 8pagi,melalui Grafton Street,kedai-kedai masih ditutup.
Study at TR4. Masa exam,gambar Ma Abah jd screensaver laptop.
Di luar exam hall, tengah tunggu untuk next exam, Written paper.
HLTM MCQ ada 80soalan,bermula tepat pukul 12.30tengahari.
Only half students stay sampai habis 2jam 40min. Yang lain,keluar awal.
The final paper of IC 2 exam, HLTM, starts at 3.45pm.
The CPC page 1
The questions for CPC. Alhamdulillah, not that difficult.
3 shortnotes. Alhamdulillah, keluar yang sempat saya baca, kecuali soalan terakhir.
January 19, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 0 Comments
Selepas paper exam CNSLM semalam,
saya lihat masa depan Medic makin kelam.
Sekarang ini, sangat terasa untuk menghilangkan diri.
Saya boleh je tiba-tiba disappear for some time,
atau tidak contact orang untuk satu tempoh waktu,
kecuali pada 3 golongan,
pertama Ma Abah,
kedua guru,
ketiga Hilmi.
saya boleh je tak contact my siblings, atau my relatives,
atau the close people in my life,
termasuk orang-orang yang saya selesa berkawan.
Terbukti.
Bulan Mei tahun lepas, saya balik ke Malaysia selepas dapat study break,
dua minggu saya duduk diam je dalam rumah,
apabila sepupu datang rumah saya, saya bersembunyi dalam bilik,
dan saya cepat-cepat masuk rumah ketika bersantai di balkoni rumah
apabila diberitahu oleh Abah bahawa pak saudara saya sedang berkebun di luar rumah beliau.
Setiap hari saya habiskan masa dengan Hilmi dan Ma Abah.
Ke pantai depan rumah.
Dan ke bandar Kuala Terengganu.
Adik-beradik saya, kawan-kawan sekampung, bahkan Mr.Ali
langsung tak tahu tentang kepulangan awal saya itu.
Hanya selepas dua minggu berehat, saya SMS diorang.
Tapi saya ada sms Cikgu Nik dan Pn.Saidah (guru-guru)
tentang kepulangan saya itu.
Maka, tak mustahil untuk saya senyapkan diri,
hilang perhubungan dengan orang buat satu tempoh lagi.
Saya boleh je buat begitu.
Tiada masalah.
Saya tak peduli apa perasaan orang lain apabila saya tiba-tiba disappear.
Namun, tidak pada Ma Abah.
Biarpun tak semua aktiviti yang saya buat, saya lapor atau minta izin dulu
dari Ma Abah,
tapi untuk buatkan Ma Abah risau tiba-tiba saya senyap tanpa berita,
itu tak mungkin,
kerana bagi saya, tanpa doa dan restu dari Ma Abah,
tak mungkin hidup saya akan berkat.
Doa daripada ibubapa terlalu mustajab, dekat dengan Allah.
Begitu juga dengan guru-guru.
Bagi saya, tanpa restu dari guru-guru,
ilmu takkan lekat di minda saya.
Hilmi pulak,
dia lah buah hati saya,
dia insan tanpa dosa,
saya sangat-sangat ingin dia ingat sokmo pada saya,
tak mungkin dapat saya hilangkan diri saya dari hidupnya.
Tidaklah susah untuk menghilangkan diri.
tentang tempat tinggal, saya tahu ke mana boleh dituju.
Rumah Rusila ada, rumah cikgu kesayangan ada.
ataupun, sewa je mana-mana bilik rumah.
Tentang kewangan, saya akan pandai-pandai cari sumbernya.
January 19, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 0 Comments
Most of the time, i wrote here because i feel i need to let it go from my mind,
or as releasing the stress.
But now i am not sure it will be the same for this posting or not.
Yesterday, 18th January 2010,
after prayed Zohor & Asr together, i left the house at 1.00pm
and took bus 128
and arrived at college at 1.30pm.
Then, i joined those who sat in front of the exam hall,
and at 2.00pm,
we started our CNSLM Multichoice Questions (MCQ) that consists of 80questions.
Like the REGUB MCQ exam last week,
half of the IC2 students left the exam hall after 1 and half hour,
but and few other students struggled to answer it until the end of the
allocated time of 2hours 40minutes.
The MCQ paper finished at 4.40pm.
Next exam was CNSLM Written paper.
Started at 5pm, i was totally in shock from the beginning of the exam time.
The CPC (Clinical Presenting Case), i have no idea at all abut what actually happened to
the patient in the case.
I was stunt, and spent a lot of time, tried to look for any clue,
there were few clue, but still the diagnosis of the patient was still unknown to me.
The very first question of the CPC was asking about the diagnosis,
and the next questions were related to the diagnosis.
I am telling the truth,
i tried to recall all the main subjects/topic covered in CNSLM module,
but i couldn’t find any relations.
When the time just left 15minutes, i knew i need to write something,
therefore at first i wrote ‘Viral Encephalitis’ but then i cancelled it,
and replaced it with diagnosis of ‘Bone Cancer’.
After the sheet answered was taken by the examiner, and the students started to leaved
the exam hall,
i saw few happy faces and then, i was told that the correct diagnosis is Temporal Arterithis.
Because, the clue are the temporal headache (both side of the brain) and jaw claudication.
I felt so strong, that i will fail this paper.
To make thing worse, if i fail one paper out of three, i still have to discontinue medic,
then why should i answer the next HLTM exam paper that was scheduled on Wed 20January 2010?
I called one of the ex-studygroup members last year Syahir, talked to him and he did gave me some advice,
some Quranic Verse.
And i made the promise to him that i will attend the HLTM paper although i don’t feel want to do so.
Then, i took bus to go to my old house, with those down feeling,
i kinda felt of revenge and so angry at myself, therefore i waste 4hours, gossiping with the girls.
i left the house at 11.10pm, the bus service will end at 11.30pm,
therefore i took a cab to Eden Quay,waste 8euro and then took the bus at 11.30pm
from Eden Quay to my home.
Until now, i still felt down.
I woke up late, I stayed on the back for the whole day.
No revision, no notes.
I don’t have any motivation to answer tomorrow’s paper HLTM.
…
At the bus stop,waiting for the bus 128
Using the back road to college, arrived at 1.30pm.
Students studying at hallway in front of Exam Hall
CNSLM MCQ of 80questions, starts at 2.00pm
Only few students stay until the 2hours 4minutes time allocated for MCQ finished.
Written Paper CNS LM starts at 5.00pm.
CPC first page
CPC second page
3 shortnotes questions,need to answer on the booklet.
p.s: Nabil who sat behind me said, he tried to help me since during the REGUB paper i helped him somehow,
that’s why he raised his voice when the tutor came to his table and tried to explained to him the questions he didn’t understand,
but i didn’t know about his help or his voice. I was totally indulge in panic about the diagnosis.
January 17, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 0 Comments
Now, i have to say to myself frequently:
Don’t give up!
Not yet the time to give up.
But frankly, my heart, mind and soul
felt so tired, so exhausted. Penat.
The feeling of give up and let go
became stronger from time to time.
I have CNSLM paper tomorrow, starts at 2pm untul 6.30pm,
CNS stands for Central Nervous System (Sistem Saraf),
L&M are for Locomotor and Movement (Pergerakan, Sendi dan Tulang)
From my three years experience of re-sitting the paper,
CNSLM was the paper that has highest number of students have to re-sit it.
I am damn nervous, scared and afraid.
Not at normal scale. It eats my confidence slowly.
At the same time, i also worry if
those anxiety become so strong and cause my mind become blank.
True, sometimes because not ready to sit for the exam,
not finish do the revision,
not finish reading all the notes,
causes anxiety-ness.
However,things are not as that simple.
The common knowledge that i knew for long time, for example about OsteoArthritis (Tulang Rapuh),
suddenly now became like the first time i heard about it when i do the revision for CNSLM module.
Oh my God, the memory and the knowledge start to fade,
because in my heart,
there is doubt and feeling of unwillingness, feeling of tiredness.
Ya Allah, tolong hambaMU ini.
Seperti doa Nabi Musa pada ayat 25 dalam Surah al-Qasas.(dipetik dari sini)
“Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir”
(”Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir”).
Sangat ringkas, namun sangat bermakna. Maksud Nabi Musa a.s., beliau amat fakir atau amat memerlukan kepada apa sahaja kebaikan yang akan Allah berikan kepadanya bagi menghadapi suasana dirinya ketika itu.
January 16, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 2 Comments
Rumah kak Maedy bertempat di Warrenstown, Blancharstown,
kira-kira 40minit naik bas 38A dari citycenter.
Saya pernah pergi ketika awal bulan Disember tahun 2009,
namun kali ini, oleh kerana landlady rumah kak Maedy tiada di rumah kerana ke London,
lalu kak Maedy mengadakan housewarming dan mengajak
semua penghuni rumah 254 (termasuk saya, ex-penghuni ini).
Shida, Aisyah, Jue dan Faizi telah ke situ petang semalam, Jumaat petang,
malam tadi mereka stay up menonton CD.
The rest fo us bertolak berkumpul di depan kedai Penneys of O’Connell street dan
menaiki bas 38A pukul 12.10tengahari.
Waiting for the bus 38A in front Penneys shop at O'Connell street
with kak shima, behind me is yati, she is so quiet
January 16, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 0 Comments
Saya masih terbawa-bawa pengaruh HDS Project IC2, di mana saya menulis untuk part Prevent Transmission of Gram Negative Bacteria di ICU, saya ada menulis ‘Hand Hygience is recognized as single most effective method to prevent vertical transmission of bacteria.’
Recently, oleh kerana saya membawa kamera ketika saya buat revision di library Beaumont Hospital atau di kolej RCSI, ada saya ambil beberapa keping gambar poster tentang kepentingan hand hygience itu.
Saya tahu, di Malaysia, masih kurang kesedaran tentang hand hygience ini.
Di wad-wad hospital-hospital Malaysia, tak semua prihatin dengan kepentingan membasuh tangan dengan sabun anti-septik sebelum bersentuhan dengan pesakit dan selepas bersentuhan dengan pesakit (Ye la, kan sudah budaya orang Malaysia bersalam semasa datang menziarah dan sebelum pulang).
Juga, fakta yang tak diketahui umum tapi ia berlaku di seluruh dunia adalah, doktor-doktor, pelajar perubatan, dan nurse-nurse adalah orang yang paling malas dan paling kurang praktis hand hygience ini. Sungguh ironi.
…to be continued, coz blog.com asyik hang waktu upload gambar.
January 16, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 0 Comments
Sejak minggu lepas, Dublin sekarang telah pulih dari kedatangan salji yang berterusan.
Sekarang suhu pun dah 4C darjah celcius ke atas.
Salji telahpun cair, tiada lagi pemandangan putih saujana mata memandang.
Namun, diganti dengan angin yang kuat dan sejuk.
Seolah-olah malamnya akan berlaku ribut.
Juga, Dublin masih mengalami krisis bekalan air panas.
Tasik-tasik dan tempat tadahan air, ada yang masih membeku.
Juga, kerajaan Ireland bermula minggu lepas telah mengurangkan bekalan air ke rumah-rumah, dengan alasan Dubliners suka membazir,ramai yang berterusan membuka air paip untuk mengelakkan paip mereka beku masa Dublin dilanda salji yang teruk hari tu.
ye la, air kan free di Ireland ini (rasanya di seluruh Eropah). Tiada bil air.
Rumah saya, air paip air panas di bathroom telah kembali ada, namun dalam limited amount.
Water crisis
Terkejut saya bila baca suratkhabar HeraldMetro itu, kesian orang-orang di North Circular Road (dekat juga dengan kawasan saya).
Masa awal-awal saya tahu tentang cut down bekalan air ini, reaksi saya adalah “Kalau rumah Taesoch (ejaan Perdana Menteri dalam bahasa Gaelic, cara sebut Tea-Shock) tak kena cut down juga, ni nak kena wat demonstrasi.”
Well, Ireland adalah negara capitalism, di mana orang-orang Elite atau berjawatan tinggi hidup dengan selesa di zaman kegawatan ekonomi ini, biarpun banyak je NGO dan badan kebajikan untuk orang-orang miskin atau homeless.
January 15, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 0 Comments
REGUB ini singkatan untuk Renal (Buah Pinggang), Endocrine (organ-organ yang keluarkan hormon dalam badan manusia), Genita (Bahagian sistem peranakan Lelaki dan wanita), Urinary (salur perkumuhan air kencing), dan Breast (payudara).
Written paper Regub,
saya jawab dengan struggle, seperti mana MCQ.
Booklet soalan Written paper ini dikutip semula pada akhir waktu exam,
kerana soalan shortnotes ditulis jawapannya pada booklet itu,
berbeza dengan tahun-tahun lepas,
RCSI memang suka tukar polisi setiap tahun.
Saya sempat ambil gambar soalan CPC (Clinical Presenting case),
gambar-gambarnya dibawah.
Setelah exam habis pukul 5.20petang, saya sangat berdukacita.
Saya tengok muka-muka juniors ada yang gembira, confident.
ramai yang tengok balik nota, saya tiada kekuatan untuk berbuat demikian.
Setelah habis sembahyang Maghrib di prayer room RCSI,
saya ke rumah lama,
seperti biasa, oleh kerana saya tengah emotionally effected,
saya beli ayam dan masak mee rebus di rumah lama itu.
4jam berlalu begitu saja, saya tiba ke rumah saya kira-kira pukl 10.40malam.
Saya begitu frust,
namun hati saya masih berkata kepada diri saya,
belum masa untuk give up,
tidak boleh give up / let go another two papers, not the time yet to give up,
biarpun keyakinan diri saya begitu jatuh disebabkan oleh
prestasi jawapan saya untuk paper Regub itu.
Ramai yang menasihati saya,
untuk bertawakkal dan berdoa.
Ye la, paper telah dijawab,
tiada apa yang mampu diubah,
kecuali Allah tolong melembutkan hati pemeriksa,
lagipun takdir Allah tentang exam saya kali ini telah lama ditulis.
Ya Allah,
bantulah hambaMu ini untuk bertawakkal dan bertakwa kepada Engkau.
Gambar dibawah adalah soalan-soalan untuk CPC. setiap soalan memberi markah yang sama.
selain CPC, ada 3 soalan short-notes, atau soalan nota ringkas.
setiap soalan, ada soalan-soalan kecil.
Setiap soalan memberi markah yang sama.
Jika CPC membawa 2/3 markah written paper, maka 3 soalan shortnotes ini menyumbang kepada 1/3 markah written paper itu.
Soalan pertama List the causes of the swelling of the scrotum.
Include the classification that you used. Soalan kedua. Aetiology of the hyperparathyroidism.
the clinical presentation of the hyperparathyroidism.
Indication for surgery for hyperparathyroidism.
Soalan ketiga, tentang seorang atuk yang berusia 83tahun yang ada appendicitis, tapi dia juga telah nyanyuk, ada Alzhaemir. Doktor nak terangkan pasal risiko pembedahan appendectomy, tapi atuk itu tak kisah dan lupa apa risiko yang diterangkan oelh doktor. Doktor itu rasa doubt adakah atuk itu competent untuk bagi consent. Atuk itu ada 5orang anak, tapi dia tak rapat dengan anak-anaknya sebab dia heavy drinker. Doktor itu nak contact anak-anak atuk itu, tapi atuk itu kata, don’t bother to do so.
Do you think the patient is competent to give the consent?
How do you access the competency of this patient?
Should you contact the children for the need of giving consent?
Ini soalan ethic, jawapannya tak sesenang kata Ya atau Tidak. Sebab, atuk itu ada kuasa besar terhadap dirinya, istilah itu dipanggil Autonomy. Kena perlu bukti yang besar untuk mengatasi kuasa Autonomy atuk itu. Jika tiada bukti itu, maka atuk itu betul.
January 15, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 0 Comments
14 Januari 2010.
Awal saya bangun tidur, kerana anxiety,
lalu pukul 9pagi saya keluar rumah untuk ke kolej,
singgah sebentar di post office untuk pos surat-surat Sha ke Singapura.
Saya stay di computer room RCSI untuk study apa yang boleh.
Dan pukul 12.25tengahari, saya bergerak ke Exam Hall.
Seperti biasa, saya bawa kamera bersama saya, dapat la ambil beberapa gambar,
termasuk gambar di dalam Exam Hall.
…
Dalam Computer room
Tgh Nervous ni before the exam hall,
Suasana di luar Exam Hall.
Enter the Exam Hall
MCQ questions, 80soalan, allocate time 2jam 40minit
Lebih dari separuh dewan siap jawab awal, saya struggle sampai habis waktu.
di luar exam hall,sebelum written paper, yang dijadualkan pukul 3.45pm.
1 soalan CPC, 3soalan Shortnotes. Allocate time 1jam 30minit
p.s: Nabil duduk di meja belakang saya, dia kata, saya suka sangat ambil gambar ye. saya balas, ini adalah IC2 Exam peluang terakhir saya.
January 13, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 0 Comments
Not bad la stay back kat library,
library sentiasa panas,
senyap gak la biarpun ada je suara-suara bising.
Yang kureng skit,
budak-budak medic yang saya kenal, saya takde mood nak bertegur sapa.
Juga, lapar dan mengantuk.
yang pros untuk saya,
tiada godaan dapur,
dan yang paling berkesan adalah, laptop saya tak dapat internet connection, atau library wifi.
maka saya boleh menggunakan laptop ini sepenuhnya
untuk baca nota-nota yang disave dalam laptop, (dan juga baca komik yang telah disave)
tiada godaan blog.com, atau facebook.com atau yahoomail.com
… Mercer Library tutup pukul 11malam. Saya perlu rushing untuk naik bas 128 pukul 11malam untuk balik ke rumah.
Venue: RCSI Mercer Library
Date: 11 Januari 2010
… Hospital Library tutup pukul 10malam, saya akan blah awal kerana perlu naik bas 27B pukul 9.45malam untuk balik rumah.
Venue: Beaumont Hospital Library
Date: 13 Januari 2010
…
tapi yang cons untuk saya,
balik rumah, dinner makanan berat,
kemudian terus naik atas katil dan tidur.
tak bagus betul untuk penghadaman.
January 13, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 0 Comments
Hari ini 13 Januari 2010,
saya ingin mengucapkan
Selamat Hari Lahir ke 25
buat Mr. Mohd Alimin bin Abdullah.
Saya doakan moga
Mr.Ali bahagia dunia dan akhirat.
p.s: terlupa untuk ambil gambar birthday card yang saya pos ke alamat kampung halaman Mr.Ali,
sebab otak tengah berserabut tentang exam dan winter snow sebelum pos kad itu. dah la kad itu cikai je, saya rasa sangat pening kepala masa nak pilih kad itu, tak tahu nak describekan personaliti Mr.Ali, akhir-akhirnya saya pilih kad yang sangat ntah apa-apa. Moga Mr.Ali okay je dengan kad itu.
p.p.s: Mr. Ali sudah balas email saya, dia kata, kalau nak list down apa yang dia hasratkan sempena umur dia 25tahun itu, banyak listnyer.
…
Saya tukar sikit lirik lagu dalam video dibawah.
Ya Allah,
Jika dia benar untukku,
dekatkanlah hatiku dengan hatinya.
January 13, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 1 Comment
Although it was first time i sat exam OSCE Pathology and Microbiology last Monday,
although there were questions i answered wrongly,
but don’t know why,
suddenly after the exam,
i got this feeling,
‘Not yet the time to give up IC2 exam (and also medic).’
Just not the time yet.
Frankly, i used to think,
whatever gonna happens to IC2 Exam, just let it happens,
i don’t care and don’t want to care,
i already enough been in pain and traumatized by this IC2 Exam,
i already feed up with this Medic life,
have no mood and interest anymore to continue medicine course.
But somehow,
looking from the OSCE exam,
i suddenly feel,
i can do it,
therefore no need to let go the exam, yet.
just not the time yet.
Maybe i was ‘too’ confident,
like during the IC2 Exam Januari 2009 last year,
but personally i don’t feel i was too or overconfident,
it is just the feeling:
i can do it.
InshaALLAH.
Bismillah.
Selawat, and Zikr, and be positive towards Allah.
Also, thank you Allah, for You never leave my side.
p.s: I got a lot of sms, wishing me goodluck for my exam and also telling me not to give up. Thank you to Ma, Kak Lah, Yang&Liha, Mr.Ali, Kuhana, Syahir, Maira, Munirah, kak Maedy, etc . Also, thank you to people who wish me face-to-face, like my ex-housemates, my ex-classmates and my current classmates. Also, thank you to people who wishes me through email and chatting, e.g Sal, Kina, Adila, Dikdin, Syamsul, Along, Izzah, Ibah.
January 13, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 0 Comments
ada satu lagu Arab yang saya suka tengok dan dengar,
pertama kali tengok masa Daurah Musim Bunga MSM 4tahun lepas.
ia lagu lama, glemer masa Amerika serang Iraq 2004 atas alasan Saddam Hussin buat kilang bom nuklear, yang kini terbukti alasan itu cumalah bohong dan rekaan semata-mata.
Namun, kemusnahan dan kesan perang telah berbekas di serata pelusuk tanah Iraq, tak dapat dikaburi lagi.
sampai sekarang, sudah bertahun-tahun, Iraq masih tidak kembali aman.
Biarpun masa zaman Saddam Hussin dikatakan tiada demokrasi, beliau pemerintah kuku besi, tapi saya yakin, keadaan Iraq masa itu at least tiada letupan di sana-sini setiap hari.
Pada hari ini, letupan bom berlaku di sana-sini, membunuh tak kira manusia muda, tua, orang Iraq atau askar Amerika. Tiap hari berlaku bom letupan, sungguh tak aman, sungguh menakutkan. ye la, mana la tahu, tengah lalu di satu jalan ni, tiba-tiba kereta meletup, dan kita terkena sekali.
tajuk lagu: Qataluqi Ya Baghdad (Oh Baghdad, They Killed You)
Lagu itu dalam bahasa Arab orang Iraq, tapi ada diselitkan English translation.
Saya sangat suka part lirik ini. (berdasarkan English translation la, tapi saya faham skit-skit la bahasa Arab)
Ask not the Devil, why are you killing us?
But ask instead, the brother who sold us.
Ask not the Devil, why are you killing us?
But ask instead, the brother who sold us.
Devil yang dimaksudkan adalah Amerika, British, kuasa-kuasa Barat yang menyerang Iraq. Brother who sold us ditujukan kepada negara-negara Arab sekitar Iraq, contoh Kuwait, Mesir dll, sebab roket-roket, jet-jet pejuang yang masuk menyerang Iraq adalah datang dari Kuwait, kerajaan Kuwait benarkan tentera-tentera Amerika berkumpul dan berpengkalan di negara itu.
…
Jika kita tengok dari sudut kehidupan kita seharian sekarang ni,
buat apa kita tanya pada Syaitan,
“Weh Syaitan, kenapa kau goda aku, kenapa kau pengaruhi aku sampai aku buat dosa? kenapa itu, kenapa ini?”,
sebab memang tugas Syaitan itu adalah untuk menyesatkan setiap anak cucu Nabi Adam,
itu janji Syaitan kepada Allah semasa Syaitan dihalau keluar dari syurga oleh Allah kerana tak nak sujud pada Nabi Adam atas kesombongan syaitan itu sendiri.
Saya tahu, saya sedar bahawa saya dan kita semua takde la stupid sangat nak bertanya pada syaitan atau blame dosa-dosa kita pada syaitan, tapi adakala, tanpa kita selalu diingatkan,
ada je kita menjawab “Nak buat macam mana, iman aku lemah…nak buat macam mana, hasutan syaitan kuat sangat…nak buat macam mana, aku insan biasa-biasa je…atau nak buat macam mana, manusia kan tak pernah terlepas dari buat silap dan dosa…”
Jom kita beristighfar at least 3 kali bila kita teringat kecuaian kita itu,
tak perlu apa-apa alasan, sebab memang kerja tunggal Syaitan adalah menyesatkan kita, manusia, yang Syaitan pandang rendah kat kita sebab moyang kita Nabi Adam diciptakan dari tanah sedangkan dirinya Syaitan dari api.
Dan janji Syaitan itu valid dari saat syaitan dihalau dari syurga berpuluh ribu tahun yang lalu, hinggalah saat tiba hari kiamat (yang tak tahu akan datang dalam berapa tahun lagi).
hanya Allah yang boleh buat kita terlindung dari hasutan syaitan itu.
Baca la banyak-banyak doa pelindung.
Paling cikai, baca pada awal-awal pagi, sebanyak 3 kali,
“Auzibillahi sami-il ali mi mina syaitan ni rajim”,
bacaan paling pertama masa baca Mathurat,
ada hadis nabi tentang bacaan ini,
nanti saya refer kat Mathurat dan tulis hadis tu.
January 12, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 1 Comment
Tidur lewat malamnya kerana usha nota, pukul 3pagi,
tapi apabila jam sudah 8.20pagi, saya paksa diri bangun,
sedangkan masih sangat mengantuk.
namun masih banyak nota yang tak dicover.
Air paip air panas masih tiada,
lalu saya boilkan air guna kettle, lalu mandi setakat yang boleh.
Pukul 10pagi, dah sampai di Beaumont Hospital.
Cari ruang di library, rupanya ramai yang datang awal.
Sambil baca nota , sambil mengantuk.
Adakala terlelap gak.
Terpaksa beli Ekspresso yang double-dose untuk hilangkan sleepiness.
Pengajaran yang diputuskan, kena tidur awal jika esoknya ada exam,
kerana body clock saya dah terbiasa dengan tidur 12jam.
Saya bawa kamera ke hospital, sebab ini adalah peluang exam IC2 saya yang terakhir.
Lagipun, first time exam OSCE Pathology & Microbiology ni.
As usual, enjoy the pictures below.
…to be continued, sebab entah mengapa, asyik hang blog.com ketika nak upload gambar.
At 1.30pm, gathered in front of the lecture theatre.
The briefing of the format OSCE, will starts on time 2pm.
Finished at 2.30pm, quite difficult questions. This paper was taken back.
Waiting for the bus to Eden Quay, leaving the hospital
January 11, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 0 Comments
Akhirnya dah jumpa gambar ni setelah sekian lama mengodek semula picasa online saya.
rupanya ada dalam album sekolah rendah.
ah, saya pernah tulis tentang gambar ini di sini.
MSSM Catur peringkat kebangsaan 1997.
Pertama kali saya masuk pertandingan itu.
Tempat: Sekolah berasrama di KL, tapi tak ingat nama sekolah. maybe SBP kot. Entah.
Masa: Pertengahan tahun 1997 kot. Entah, dah tak ingat bulan apa, tapi yang pastinya sebelum percubaan UPSR negeri terengganu. sebab, saya demam selepas balik dari KL itu, kerana KL jerebu masa itu, lalu
peperiksaan percubaan UPSR saya dapat result hanya 2A 3B, teruk.
January 10, 2010 - Posted by khairjaafar2027 - 0 Comments
update terkini (11.14am, 12 Jan): rupanya saluran paip air beku. ye la, Ireland dah berpuluh-puluh tahun tak mengalami salji dan musim sejuk seteruk kali ini, maka orang Irish tak ready. Sekarang dah ada air paip air panas tu.
Penghuni rumah lama saya kata, diorang kena ON kan heater rumah baru ada air panas keluar. tapi heater rumah saya dikontrol oleh landlord, beliau dah set heater hanya ON dar pukul 6petang hingga 8 malam. sebab itu kitorang masing-masing pakai heater elektrik/ blower sendiri. saya baru tahu dua hari yang lepas, ada seorang housemate saya yang tiada heater sendiri, kesiannyer dia, sedangkan bilik dia lebih besar dari saya, mestilah lebih sejuk.
Update terkini (9am, 11jan): Hari ini ada exam pukul 1.30tengahari, tapi saya plan untuk ke hospital awal. Air panas masih tiada, lalu saya terpaksa jerang air guna kettle, dan campur dengan air sejuk dalam periuk besar, dan bawa masuk dalam bath room. Limited quantity je. Pasrah. Macam masa kat STF lak, Blok E selalu tiada air, lalu terpaksa bawa baldi, tadah air di Kuarters Guru, lalu angkut baldi yang berat itu naik ke tingkat 3.
this is bad.
sejak pagi tadi, rumah saya ketiadaan air paip hot water.
Mula-mula saya ingatkan hanya bathroom ground floor,
kemudian sink dapur pun tiada air paip air panas.
Bathroom upstair masih ada,
namun tengahari tadi, keadaan makin teruk
Bathroom bawah tiada air panas dan air sejuk, bathroom atas pun begitu kronik airnya,
hanya ada untuk kuantiti yang sedikit, kemudian tiada langsung air.
Dapur masih hanya ada air sejuk.
Wei.
Teruk la macam ni.
Sangat tak selesa.
Nak masak nasi, nak buat air, nak Qada’ hajat, nak amik wuduk.
Dah la sekarang ni, sudah tiga minggu Ireland mengalami cuaca sejuk, salji
dan frozen.
Air paip air sejuk di sini bukan sesejuk air paip waktu Subuh di Malaysia,
bahkan lebih sejuk.
Macam, air paip Malaysia, pastu taruk ais banyak-banyak, selepas 5minit
cuba guna air itu untuk mandi, basuh pinggan atau amik wuduk.
sebenarnyer, air paip air sejuk di sini lebih sejuk dari air ais Malaysia itu,
sebab pada salur paip air sejuk pun boleh nampak wap-wap sejuk.
Orang Dublin atau orang yang duduk oversea boleh tolong sahkan kebenarannya.
Pengalaman yang sangat teruk,
kecut tangan,
sambil menggigil-gigil badan,
bila ambil wuduk guna air sejuk.
Macam ambil wuduk guna air sungai salji masa di Swiss pada Julai 2006 dulu.
dah telefon landlady,
dah ada orang lelaki datang untuk baiki,
namun tiada apa-apa yang mampu dibuat.
kerana tak tahu kerosakan di mana.
Huhu.
Maybe orang boleh kata, sejuk, tak berpeluh, tak perlu la mandi.
hello, ambil wuduk pun sejuk menggigil tau.
Esok dah la ada exam,
adakah perlu kitorang menumpang mandi di rumah sebelah,
beratur ambil turn sembilan orang girls,
atau bawa bag dan barang-barang, mandi di shower hospital.
bathroom rumah ini pula bukannya ada bath tub,
kalo bathtub, boleh guna rebus air pakai kettle,
dan takungkan dalam bath tub itu.
tapi rumah ini cuma ada shower room.
sejuk.
tak boleh hidup di Ireland (atau oversea) ini tanpa air paip hot water.
Tak boleh hidup hanya ada air paip hot water, because both hot and cold pipe water are extreme temperature,
sebab itu kena combine salur paip air sejuk dan air panas.
p.s: bertayammun untuk ganti air sejuk masa ambil wuduk? nak bertayammum pun satu masalah,
mana nak cari debu-debu? Ireland ini tak banyak debu.